Pemuda Yaman Digilai Wanita Di AS

image

Seorang pemuda Islam dari Yaman telah mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di USA.

Mungkin kerana berwajah tampan, dirinya telah menjadi igauan pelajar perempuan tersebut.

Masih ingat lagi dengan kisah Nabi Yusuf yang cuba digoda oleh Zulaikha? Pada ketika itu, Nabi Yusuf berusaha untuk melarikan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun ada satu versi seolah sama seperti yang terjadi. Ia berlaku diluar negara apabila seorang pemuda Islam Yaman mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di Arizona, USA.

Kumpulan pelajar perempuan terbabit memasuki apartmen peribadi pelajar berkenaan dan bertindak menanggalkan pakaian selepas menutup pintu apartmen supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Bagaimanapun Essam Sharabi bertindak melompat dari tingkap bilik tidurnya dan segera memaklumkan polis di kawasan berkenaan.

Kumpulan pelajar perempuan tersebut ditahan pihak polis. Selepas siasatan dijalankan, salah seorang pelajar perempuan tersebut memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi setelah mereka meminta beliau keluar “dating” beberapa kali namun ditolak atas alasan bahawa agamanya tidak membenarkan sebarang hubungan intim dengan perempuan selain dengan isteri.

Mengikut undang-undang negeri melarang sebarang bentuk gangguan melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan.

Advertisements