Poligami, Mengapa Wanita Enggan Menerimanya?

image

Terdapat banyak faktor kenapa ramai wanita masa kini enggan dimadukan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.Antara faktor2 yang mereka berikan ialah :-

1.Persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

2. Isteri kedua, ketiga dan
keempat sering dituduh sebagai
perampas, dan sering didoakan
agar pernikahan tidak
berkekalan.

3. Tidak sanggup menahan.telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

5. Selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri.

6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Itulah antara sebabnya kenapa ramai wanita tidak mahu dimadukan.

Bukan Tak mahu masuk syurga tapi kalau ini lah yang akan diterima,isteri mana yang sanggup untuk menghadapinya.

Jadi jangan lah salah kan kaum hawa jika mereka tak mahu dimadukan. Carilah jalan penyelesaian yang baik.

Advertisements