Fenomena Sleep Paralysis

image

Anda sedang tidur dan anda ingin bangun dari tidur, tiba-tiba badan anda tidak dapat bergerak, otak anda menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan tangan tidak bergerak walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah anda bergerak. Anda ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat dikeluarkan. Terasa seperti anda sedang ditindih sesuatu.

Inilah situasi berlakunya Sleep Paralysis. Suatu fenomena yang sukar dibuktikan oleh akal manusia. Setiap manusia dikatakan 80% mengalami fenomena Sleep Paralysis ini.

Di Newfoundland, ianya dikenali sebagai ‘Old Fag’, di Hong Kong ianya dipanggil ‘Penindasan Hantu’, di Jepun, ianya diberi nama sebagai ‘kanashibari’ dan Mexican mengelarkannya sebagai ‘a dead body climbed on top of me’

image

Kini penyelidik sains cuba membuktikan fenomena ini menggunakan logik sains dan akal.
Mengikut artikel ‘The Psychologist’, Sleep Paralysis akan berlaku ketika minda manusia tersangat letih, tabiat tidur yang tidak teratur, kurang tidur serta peralihan kerja sebelum tidur.

Apabila minda manusia berada pada situasi tadi, dikatakan manusia berada dalam stage ‘Rapid Eye – Movement (REM)’ dimana sebenarnya kita dalam keadaan sedar semasa sleep paralysis berlaku. Ketika kita tidur, minda berada dalam keadaan relaks dan otot-otot.badan juga dalam keadaan yang tenang. Namun apabila kita terjaga dari tidur secara tiba-tiba, ianya mengganggu proses kitaran tidur menyebabkan otak memproses dalam keadaan koma dan impuls saraf tidak sampai ke otot-otot badan untuk bergerak.

Menurut David McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana State University Health Sciences Center, Sleep Medicine
Program menerangkan, ketika manusia tidur mereka cenderung untuk memikirkan tentang pelbagai perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan disusun seperti plot dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam keadaan tidak sedar, setiap motor sensory dalam badan akan berinteraksi dari tindak balas angan-angan tadi sehingga satu tahap dimana terlalu banyak signal dihantar ke otak menyebabkan badan mereka menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai atonia).

Pelbagai andaian dan kajian dibuat bagi menyelidik fenomena sleep paralysis ini.

Namun bagi umat Islam, kita mempercayai setiap kejadian yang Allah tetapkan adalah bersebab. Dan adalah sewajarnya untuk kita membiasakan diri untuk tidur dalam keadaan bersuci (berwudhu) dan membaca surah-surah pendek dan ayat Kursi sebelum tidur.

Advertisements