Kejadian Amuk Di Putrajaya

image

Pada 9/07/2012 jam lebih kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA.

Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan, di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta HYUNDAI ACCENT dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya. Apabila sampai di sana kelihatan kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk menahan suspek. Anggota MPV juga diserang dari jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA. Didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Suspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI’, manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.

Sumber : Facebook PolisKL

image

Advertisements