Anak Kecil Juga Perlu Bersenam

image

Selama ini kita menganggap olahraga atau senaman hanya diperlukan oleh golongan dewasa sahaja. Hakikatnya ia juga penting untuk tumbesaran anak-anak. Selain membantu mengekalkan kesihatan, ia juga boleh membantu terhadap perkembangan tumbesaran dan mental anak.

Bagi yang bermasalah memujuk anak untuk bersenam, ikuti panduan di bawah yang mungkin boleh membantu :

• Siapkan peralatan senaman yang diperlukan oleh anak seperti baju, tuala dan juga kasut. Anda dapat mengajak mereka untuk membeli peralatan berolahraga yang sesuai mengikut cita rasa mereka. Cara ini dapat memberikan semangat kepada mereka untuk rajin berolahraga.

• Buat jadual olahraga untuk anak-anak juga boleh membantu. Berbincang dengan mereka mengenai jadual yang sesuai. Walaupun sukar untuk memastikan mereka berdisiplin mengikut jadual, namun sekurang-kurangnya hal tersebut menjadi langkah awal untuk mereka belajar berdisiplin.

• Beri pilihan kepelbagaian olahraga yang disukai anak-anak. Anda boleh mendaftarkan mereka ke kelas renang, berlari ke taman atau berbasikal di sekitar taman berdekatan kediaman.

• Pelbagaikan bentuk olahraga dengan pilihan permainan yang menyeronokkan.

• Ajak teman-teman sebaya anak-anak untuk sama-sama menyertai aktiviti anak-anak anda. Ia menjadi salah satu cara yang berkesan untuk menarik minat mereka selain dapat memberikan mereka peluang bermain bersama rakan-rakan mereka.

Sumber : Kumpulan Karangkraf

Advertisements