10 Perkara Untuk Menjadi Suami Terbaik

image

Suami biasanya memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Jika pincang tanggungjawab dan pimpinan si suami, maka pincanglah juga keluarga itu.

Disini disenaraikan 10 perkara sebagai panduan menjadi suami terbaik dalam memimpin keluarga..

1. Taati dan cintai ALLAH dan Rasulullah SAW.

2. Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumah tangga hanyalah untuk mendapat keredhaan ALLAH dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-mata.

3. Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik.

4. Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baik di antaramu adalah orang yang paling lemah-lembut terhadap isterimu.

5. Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka dia menghiasi dirinya untukmu.

6. Jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain.

7. Bertimbang rasalah kamu dan jangan menurut sesuatu yang di luar kemampuan isterimu.

8. Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkanlah dari pukulan yang menyakitkan.

9. Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana ini akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaanmu.

10. Bersabarlah atas sebarang kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu sedangkan ALLAH menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.

Advertisements