10 Perkara Untuk Menjadi Isteri Terbaik

image

Dalam menulusuri kehidupan berumahtangga di era kini, sudah sering kita melupakan perkara-perkara yang sewajarnya buat kita.

Disini disenarai 10 perkara yang harus dan perlu sebagai panduan untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami :

1. Taati dan cintai ALLAH dan Rasulullah SAW.

2. Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak-hak yang lain melainkan hak-hak ALLAH dan RasulNYA.

3. Sentiasa bersikap malu dan taat kepada suamimu serta berilah perhatian ketika dia bercakap di samping menghormatinya.

4. Berpuas hatilah dengan apa jua rezeki yang telah diperolehi oleh suamimu daripada ALLAH SWT.

5. Muliakan ahli keluarga suamimu dan saudara maranya.

6. Tumpukan perhatian kepada kewajipan dan urusan rumah tanggamu.

7. Hendaklah kamu menjaga perasaan dan maruah suamimu.

8. Hiasilah dirimu untuk suamimu sahaja.

9. Janganlah merasa bangga terhadap suamimu tentang harta, kecantikan dan keturunanmu.

10. Janganlah keluar daripada rumahmu melainkan dengan izin suamimu.

Advertisements