Tumor Terberat Dalam Sejarah Perubatan AS

image

NEW YORK – Pakar bedah dari Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey, Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan tumor seberat 23 kilogram daripada perut seorang wanita.

Dr David Dupree berkata, pembedahan terhadap Everlyn, 65, sejak dua bulan lalu, dibiayai sepenuhnya oleh pihak insurans.

“Wanita itu seperti mengandung tiga bulan kerana perutnya membuncit sedangkan tubuhnya kurus,” katanya.

Wanita yang juga suri rumah dari Union Beach, New Jersey itu, pada mulanya berulangalik ke hospital sejak lapan minggu lalu kerana ketidakselesaan pada bahagian perutnya.

“Tumor ini adalah terberat.pernah dicatatkan dalam sejarah perubatan AS,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Advertisements