Kerajaan AS benarkan rakyatnya buat ujian HIV sendiri

image

WASHINGTON – Susulan kontroversi sejak beberapa dekad, Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan alat ujian jangkitan HIV oleh rakyatnya, yang sebelum ini hanya dikendalikan di pusat-pusat perubatan dan hospital.

Dengan kelulusan itu, rakyat AS boleh menggunakan alat tersebut di rumah atau di mana-mana premis secara privasi.

Kit ujian HIV, penggunananya di rumah semudah ujian kehamilan, dijangka akan berada di pasaran negara itu dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ujian menggunakan set yang dikenali sebagai OraQuick ke atas air liur akan menghasilkan keputusan dalam tempoh 20 hingga 20 minit.

Kerajaan AS menganggarkan 1.2 juta orang di negara itu positif HIV tetapi 20 peratus tidak tahu keadaan masing-masing.

Sumber : Sinar Harian

Advertisements