Wajib Tahu Tahun Hijrah

image

BANDAR BENTONG – Jabatan Mufti Pahang menerima sambutan menggalakkan setiap kali membuka kaunter semakan tarikh lahir Masihi ke tahun Hijrah.

Mufti, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, kaunter semakan itu memberi peluang kepada orang ramai mengetahui bulan kelahiran Islam mereka.

Menurutnya, sebagai umat Islam adalah menjadi satu kewajipan mengetahui tahun kelahiran Islam masing-masing dan mendalami tahun Hijrah itu sendiri.

“Jika kita tidak mengambil tahu berkaitan tahun Hijrah, seseorang itu mungkin akan ketinggalan untuk beribadat memandangkan ada hari tertentu dalam bulan Islam memberi peluang kepada umat Islam menambah amal.”

“Justeru, pihak kami mengambil pendekatan memberi maklumat kepada orang ramai berhubung tahun Hijrah ini dengan lebih meluas,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Bicara Mufti di Masjid Kampung Lebu, dekat sini.

Abdul Rahman berkata, apa yang diharapkan menerusi pendekatan yang diambil itu secara tidak langsung dapat memberi pendedahan sewajarnya kepada orang ramai. Menurutnya, pihaknya juga akan meneruskan program itu memandangkan ia mendapat sambutan baik.

Sumber : Sinar Harian

Advertisements