Ella Sah Bergelar Isteri

image

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz.

Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran.

Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.

Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini.

Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim.

Advertisements