Bantu Ringankan Beban Bil Hospital

image

SELAIN tugas membesarkan anak anak dan melakukan kerja rumah, tidak dinafikan peranan isteri sama pentingnya dengan suami kerana turut menyumbang kepada pendapatan keluarga.

Walaupun dibebani tanggungjawab berat dan ada kala berlipat kali ganda, namun golongan wanita sentiasa bersedia melangkah menjadi ibu kerana status ini sangat istimewa biar pun terpaksa melalui pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak.

Dalam proses membesarkan anak-anak ada kala berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini misalnya ahli keluarga terpaksa dirawat di hospital.

Dalam hal ini pengalaman di hospital tentunya meninggalkan trauma kepada seseorang. Ini kerana bukan saja rutin harian terjejas, bebanan kewangan yang tidak disangka melalui bayaran bil hospital turut memberi tekanan malah ada juga yang kehilangan pendapatan dalam tempoh itu.

Dalam keadaan kritikal, bantuan elaun hospital amat diperlukan. Menyedari kebimbangan ibu bapa terhadap status kesihatan bayi serta memastikan ramai ibu mampu menghadapi fasa awal keibubapaan dengan lebih mudah, Pet Pet jenama lampin pakai buang terkenal melancarkan program ‘Mula Selesa Mudah Sentiasa’ sebagai lanjutan daripada kejayaan program ini pada tahun lepas.

Program yang dilancarkan khas untuk bayi baru lahir sehingga berusia tiga bulan ini menawarkan perlindungan selama 365 hari secara percuma dan elaun RM100 sekiranya ibu dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.

Menurut Pengurus Besar Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG), Foo Yoke Mun, buat kali pertama Pet Pet melancarkan Program Mula Selesa Mudah Sentiasa bagi membuktikan perjalanan bergelar ibu dapat dipermudahkan.

Dengan maklum balas positif daripada ibu pada tahun lalu Pet Pet merasakan perlu meneruskan program ini bagi mendekati lebih ramai ibu di Malaysia.

“Bermula April 2012, program dengan perlindungan seluruh dunia ini memberikan komitmen kepada semua ibu bagi menjadikan perjalanan hidup mereka lebih mudah dan gembira selain membekalkan lampin berkualiti kepada bayi mereka,” katanya.

Berikutan itu, pada hari ibu yang lalu, wakil Pet Pet berkunjung ke Hospital Ampang untuk memberikan pek Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa edisi terhad kepada ibu secara individu.

Setiap pek mengandungi akaun pendaftaran, lampin bayi, romper, nota ucapan tahniah dan belon.

Turut serta semasa lawatan artis jelita yang juga isteri, ibu, pengacara TV, usahawan, model dan pelakon, Dynas Mokthar, yang bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Sebagai ibu saya tahu kadangkala ada beberapa perkara yang perlu difikirkan terutama apabila berlaku kemalangan. Bantuan perlindungan seluruh dunia ini boleh dimanfaatkan mereka selain meringankan bebanan kepada pasangan,” kata Dynas.

Salah seorang penerima Nor Azrina Azalan, 26, berkongsi pengalamannya dengan memberitahu pek edisi terhad berkenaan sangat memberi manfaat kepadanya.

“Saya gembira menerima ucapan tahniah daripada Dynas selepas melahirkan anak kedua. Terima kasih kepada Pet Pet yang meraikan detik terindah bersama kami semua,” katanya.

Bagi Lee Pau Lin yang baru saja melahirkan cahaya mata pertama, sangat terharu dan benar-benar menghargai usaha Pet Pet dalam menjadikan detik kelahiran cahaya mata pertama sebagai sesuatu yang indah. Dalam nada terharu dia memberitahu tidak sabar memulakan pengalaman baru sebagai ibu.

Program Mula Selesa Mudah Sentiasa Pet Pet direka secara eksklusif untuk ibu yang baru melahirkan anak. Mereka hanya perlu mendaftar, serta mengikuti langkah mudah yang terdapat pada pek Mula Selesa Mudah Sentiasa Pet Pet yang terdapat di Beg Ibu Baru yang diberikan sebaik mereka keluar hospital.

Setiap pendaftaran yang berjaya, akan menikmati faedah eksklusif selama setahun. Setiap ibu akan menerima sampel produk dan pelan perlindungan seluruh dunia sehingga 90 hari jika mereka dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kemalangan.

Dalam keadaan kecacatan akibat kemalangan, setiap ibu akan diberi faedah kecacatan sebanyak RM5,000. Bahkan pelan ini juga menawarkan perlindungan seluruh dunia selama 365 hari.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman sosial Facebook di http://www.facebook.com/PetPetMY – ‘Motherhood made Easy with PetPet.’

Sumber : myMetro

Advertisements