‘Aman Kampus Di Bawah Bayu’ yakin capai sasaran

image

TAWAU – Gagasan Aman Kampus yang kini menjelajahi Sabah melalui program ‘Aman Kampus Di Bawah Bayu’ yakin mampu memperoleh sasaran 10,000 responden dalam usahanya menyelami isi hati masyarakat dan mahasiswa di negeri ini.

Pengerusi Gagasan Aman Kampus, Mohd Shahar Abdullah berkata keyakinan itu berasaskan pada sambutan masyarakat setempat terhadap kunjungan mereka ke beberapa lokasi termasuk daerah Keningau dan Tawau yang begitu menggalakan.

“Setakat ini kira-kira 5,300 responden sudah kami rekodkan selepas tujuh hari jelajah Aman Kampus Di Bawah Bayu. Selepas ini, kami akan ke Semporna, Sandakan, Ranau, Kota Belud dan Tuaran. Kami ada tujuh hari lagi sebelum menamatkan jelajah di Kota Kinabalu.”

“Sasaran kami untuk mengutip 10,000 responden dan mendaftarkan 5,000 orang sebagai ahli Kelab Sayang PM di Sabah akan tercapai,” katanya.

Mohd Shahar bercakap kepada pemberita selepas perasmian program itu Peringkat Daerah Tawau malam tadi yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sebatik, Abdul Muis Picho, mewakili Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Program itu dikendali 136 ) mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti:Teknologi Mara (UiTM), Kolej Yayasan Sabah (KYS), Politeknik Sabah, dan urusetia dari Semenanjung Malaysia. – Bernama

Advertisements