Wonder Girls Masih Kompetetif

image

Salah satu pencetus utama arena seni muzik Kpop di seluruh dunia, Wonder Girls galak menongkah arus menuju kejayaan mendahului pesaing-pesaing lain di persada seni antarabangsa.

Kumpulan yang berasal dari Seoul, Korea ini bernaung di bawah pengurusan JYP Entertainment. Pemiliknya iaitu Park Jin-Young bertindak sebagai pengurus, penerbit dan penulis lirik. Nama kumpulan ini membawa maksud sekumpulan gadis yang mampu memukau seluruh dunia.

Sebelum diperkenal sebagai kumpulan idol, ahli-ahli kumpulan muncul dalam sebuah rancangan kelolaan MTV di mana setiap daripada mereka dipilih melalui uji bakat dan menjalani sesi latihan selama beberapa tahun.

Debut rasmi kumpulan yang asalnya dianggotai oleh Sunye, Yeeun, Sunmi, Hyuna dan Sohee ini adalah pada suku pertama tahun 2007.

Persembahan sulung di MBC Music Core membuka mata orang ramai akan kemunculan hebat lima gadis ini. Lagu “Irony” yang dipersembahkan bersifat hiphop, dimuatkan dalam album mini pertama berjudul “The Wonder Begins”.

“The Wonder Years” pula menjadi album penuh pertama yang mengandungi lagu “Tell Me” dan “This Fool”. Single pertamanya berjaya menduduki tangga pertama pelbagai carta di Korea Selatan.

Pertengahan tahun 2009 menyaksikan seleksi gambar-gambar promo dikeluarkan diikuti dengan lagu “So Hot” yang turut menjuarai carta-carta utama.

Puncak Kejayaan
Suku tahun ketiga tahun 2008 menjadi detik permulaan kejayaan apabila single“Nobody” dikeluarkan menjadi kejayaan yang tidak disangka.

Beberapa rangkaian promosi dalam Show!, Music Core, Music Bank dan Inkigayo ternyata membuahkan hasil apabila berada di takhta pertama KBS Music Bank selama empat minggu.

Wonder Girls membawa pulang tiga anugerah ketika MNet KM Music Festival Awards dalam kategori “Lagu Terbaik”, “Video Muzik Terbaik” dan “Kumpulan Wanita Terbaik”.

Anugerah penjualan tertinggi digital dalam Golden Disk Awards turut dimenangi mereka. Tidak cukup dengan itu, semasa temasya Seoul Music Awards ke-18, Wonder Girls membawa pulang Daesang untuk “Artis Sepanjang Tahun” serta dua anugerah lain.

Karier Antarabangsa
Jelajah antarabangsa “The Wonder Girls” bermula pada 28 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2009. Antara destinasi persinggahannya termasuklah Bangkok, Los Angeles, La Mirada, New York, Seoul dan Busan.

Sebuah dokumentari yang menayangkan rakaman jelajah ini disiarkan saluran Mnet bertajuk “Welcome to Wonderland”.

Pada pertengahan bulan Jun, Wonder Girls diumumkan bakal menyertai kumpulan Jonas Brothers bagi 45 jelajahan mereka di bahagian Amerika Utara.

Sejurus selepas pengumuman lagu “Nobody” akan dialih kepada versi Bahasa Ingeris, ahli-ahli kumpulan ini sibuk dalam perancangan debut sulung di Amerika. Tidak lama kemudian, “Nobody” debut dalam carta Billboard Hot 100 pada Oktober 2009. Malah ini menjadikan Wonder Girls sebagai kumpulan pertama dari Korea Selatan yang menempa nama dalam carta paling berprestij di dunia. Lagu tersebut turut tersenarai di Taiwan dan Hong Kong.

Hujung Januari 2010 dikejutkan dengan berita penarikan Sunmi yang mahu meneruskan pengajian dan diganti dengan Hyerim, salah seorang pelatih JYP Entertainment.

Amerika Rumah Kedua
Wonder Girls pulang ke Korea Selatan untuk mempromosi “2 Different Tears” versi bahasa Korea antara 15 April hingga 31 Mei.

Persembahan comeback mereka dijadualkan pada 22 Mei di saluran MNet di mana lima hari kemudiannya mereka turut dianugerahkan tempat pertama untuk “2 Different Tears” di M! Countdown.

Sekitar Mei, penambahan lapan buah bandar raya di Amerika Syarikat dan dua di Kanada dimasukkan dalam senarai persembahan versi kedua “The Wonder World Tour”.

Sebuah lokasi persembahan House of Blues menamakan Wonder Girls sebagai “Artist of the Month” untuk bulan Jun. Bukan itu sahaja, Wonder Girls juga sedang dalam pembikinan album debut bahasa Inggeris dengan enam lagu versi baharu single-single Korea dan penambahan beberapa lagu baru.

Namun idea tersebut terpaksa ditangguhkan kerana penarikan diri Sunmi dan masalah lain. Selepas beberapa siri kemunculan dalam Chloe Fashion Show, Power FM, Olimpik Athens dan sebagainya, Wonder Girls pulang ke Korea bagi menumpukan perhatian untuk album studio kedua.

Karier
Kini Bertindak selaku salah satu rangka promosi, sebuah video teaser dikeluarkan melalui saluran YouTube rasmi dalam suku tahun terakhir. Hanya dalam satu hari, video tersebut mendapat lebih 500,000 tontonan malah menjadi “Most Discussed Video”.

Akhirnya album itu diumumkan sebagai “Wonder World” dengan 12 buah lagu termasuk sebuah versi remix. Album penuh ini bakal menemui pasaran sekitar November lalu dengan kejayaan single “Be My Baby” yang merajai carta Gaon dan K-Pop Billboard.

Walaupun sedang dalam sibuk dengan siri promosi, album EP terbaru Wonder Girls diumumkan bakal mencerobohi pasaran pada awal Jun diikuti dengan album penuh bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Ura-ura mengatakan bahawa Yubin, Yenny, Sunye, Sohee dan Hyerim akan meninggalkan stail muzik retro dan bakal menumpukan kepada jenis muzik powerful dance bersesuaian dengan musim panas. Malah
berita mengenai album penuh Inggeris tersebut diperkuatkan lagi dengan kenyataan Park Jin-Young bahawa kesemua lagu dari album Korea mereka telah mendapat persetujuan secara sebulat suara.

Sumber : Kumpulan Karangkraf

Advertisements