Kambing Termahal Di Dunia

image

Kambing Dolan di China adalah baka kambing paling susah untuk diperolehi sekarang. Baka kambing jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti bertelinga lebar, hidung melengkung dan ekor yang bercabang.

Kambing baka Dolan ini pada mulanya di biakkan di bahagian barat-utara China dan kambing ini dibiakkan sepenuhnya di sana bagi mendapat baka yang bermutu tinggi dan daging yang banyak.

Apa yang peliknya, terdapat segelintir ahli perniagaan China yang gila terhadap baka kambing Dolan ini.

image

Sejumlah bayaran ditawarkan kepada penternak kambing baka ini. Kambing Dolan yang paling maha ialah berumur 6 tahun yang mendapat tawaran sehingga 14 Juta Yuan ($2.2 juta) .

Majid Abdul Reyim berkata harga kambing Dolan pada tahun pertama dia membelinya (1999) ialah 25,000 yuan tapi setahun kemudian meningkat sehingga 250,000 yuan.

Advertisements