Torres Penerima But Emas EURO 2012

image

KIEV: Penyerang Sepanyol, Fernando Torres memenangi Anugerah Kasut Emas pada saingan Euro 2012 sekali gus mengetepikan cabaran utama daripada pemain Jerman, Mario Gomez.

Pemain berusia 28 tahun itu yang menyumbang satu gol ketika Sepanyol mencatat kemenangan 4-0 ke atas Itali pada aksi final, menyaksikannya berkongsi rekod tiga gol dan satu hantaran tepat dengan Gomez.

Bagaimanapun, Uefa memilih Torres kerana dia kurang beraksi dengan jumlah keseluruhan 189 minit di atas padang berbanding 280 minit untuk Gomez.

Empat lagi pemain lain turut mengumpul tiga gol iaitu penyerang Itali, Mario Balotelli; kapten Portugal, Cristiano Ronaldo; bintang Russia yang sedang meningkat naik, Alan Dzagoev dan pemain Croatia, Mario Mandzukic. – AFP

Sumber : MyMetro

Advertisements