Osman Kering Meninggal Dunia

image

29 Jun – Pelakon veteran, Osman Kassim atau lebih dikenali sebagai Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang jam 3.45 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur akibat komplikasi paru-paru dan hati.

Berita ini turut disahkan oleh dua orang anak Allahyarham, Al-Amin dan Norhidayah.

Sebelum ini masyarakat dikejutkan dengan khabar mengenainya yang dikatakan telah meninggal dunia di kediamannya di Cheras awal bulan Jun. Walaubagaimana isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, menafikan perkara tersebut dan memberitahu suaminya dirawat di HUKM sejak 11 Jun dan doktor mengesahkan ia adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan hati.

Jenazah Allahyarham dijangkakan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk dikebumikan. Allahyarham pernah membintangi filem “Senario The Movie”, “Tentang Bulan” dan “Man Laksa” sebelum ini.

Sumber : Yahoo! News

Advertisements