Nuremy Ramli Dapat Petunjuk Melalui Mimpi

image

Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai artis-artis di Malaysia ni yang terbuka hati untuk menuju ke arah hidup yang lebih baik.

Terbaru, bintang filem X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Nuremy Ramli pula membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung.

Mengikut apa yang diceritakan Nuremy, mimpi Nuremy berjumpa arwah bapanya adalah antara punca mengapa Nuremy mengambil keputusan untuk bertudung.

“Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, Alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa,”

Sumber : MiG Online – Bukan Janji Tapi Pasti

Advertisements