Fesyen Terkini Raya 2012, Summeraya.

image

Tidak tahu fesyen raya apa yang ingin digayakan bagi tahun ini? Apa kata cuba belek dan selidik setiap fesyen yang ada diketengahkan oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

Bagi yang tidak mengenali Rico Rinaldi, beliau adalah pereka muda yang mula berjinak di dalam dunia perekaan fesyen ketika masih menuntut di salah sebuah kolej tempatan sekitar tahun 2006.

Selepas berjaya memenangi beberapa anugerah penghargaan, kini beliau kembali dengan rekaan baju raya yang terkini untuk koleksi Summeraya bagi tahun 2012. Pakaian yang direka bukan sahaja menepati citarasa pelanggan malahan kualiti yang diberikan juga amat memuaskan.

Kelainan yang diterapkan bagi koleksi Summeraya 2012 sememangnya khusus bagi wanita tidak kira umur. Koleksi yang menggabungkan elemen tradisional dan alam semulajadi pasti akan meninggalkan kenangan manis di pagi raya kelak.

Pakaian yang menggunakan kain dari warna lembut Chiffon dan warna semulajadi dipadankan dengan kain cotton dan ditambah dengan corak tribe yang sememangnya bakal memberikan anda keseronokan ketika di pagi raya mahupun berkunjung ke rumah sanak saudara.

Selain daripada baju kurung, rekaan kaftan turut dijual dengan tenunan rapi menggunakan material baju yang berkualiti serta corak yang masih mengekalkan elemen nostalgia memang antara taruhan koleksi raya Rico Rinaldi pada tahun ini.

Koleksi pakaian mahupun tempahan raya boleh berkunjung terus ke butik Rico Rinaldi di Pusat Hentian Kajang, Phase 3, Jalan Bangi, di Kajang Selangor. Turut menerima tempahan pakaian untuk persandingan dan juga majlis korporat.

Sumber : Yahoo! Entertainment

Advertisements