Facebook Ambil Alih Instagram

image

Berita yang memeranjatkan banyak pihak, Facebook telah membeli Instagram dengan harga satu billion dollar Amerika. Bukan sejuta, seratus juta, tetapi satu billion. Mereka akan membeli syarikat dengan 13 pekerja itu dengan wang tunai dan juga nilai saham.

Penjualan itu dijangka dapat diselesaikan dalam suku kedua tahun ini, dan Facebook akan mula mengintegerasikan Instagram ke dalam aplikasi mereka.

Di dalam sebuah catatan di dalam laman Facebook beliau, CEO syarikat tersebut Mark Zuckerberg berkata,” Kami merasakan bahawa Instagram yang kini bersambung dengan perkhidmatan selain daripada Facebook adalah sebahagian besar daripada pengalaman menggunakan aplikasi ini. Kami merancang untuk mengekalkan kebolehan seperti menggunakan rangkaian sosial yang lain, kebolehan untuk tidak berkongsi Instagram anda di Facebook, dan mempunyai pengikut yang berbeza di dalam Instagram dan Facebook.”

Pada masa yang sama, Zuckerberg juga berkata bahawa mereka akan belajar daripada pengalaman Instagram untuk menggabungkan ciri-ciri yang sama ke dalam produk mereka yang akan datang. Jika dilihat seperti begitu, adakah kita akan mendapat Face-gram dalam masa terdekat ini? Mungkin, tetapi dengan pembelian ini Facebook telah membuat satu pelaburan yang baik, kerana mereka mengurangkan lawan di dalam bidang media sosial, dan.juga mendapat lebih banyak pelanggan pada masa yang sama..

Instagram akan tetap bebas, tidak termasuk ke dalam Facebook secara keseluruhan. Jadi
pengguna Instagram tidak perlu bimbang (pada masa sekarang) bahawa akaun mereka akan hilang. Pengguna Instagram juga boleh terus berkongsi gambar mereka dengan rangkaian sosial yang lain seperti Twitter.

Sumber : Majalah Tech

Advertisements