20 Koleksi Terbaru Pakaian Raya Dari Rizalman

image

Kolaborasi di antara pereka tempatan yang sudah berkecimpung lebih dari 16 tahun dalam industri fesyen, Rizalman Ibrahim dengan kerjasama pasaraya terbesar Malaysia, Tesco bakal mengilhamkan koleksi baju raya bagi tahun 2012.

Sudah pasti mereka yang menanti rekaan daripada Rizalman tidak sabar untuk melihat sendiri 20 pasang koleksi raya yang direka khas untuk dijual di pasaraya itu nanti.

Majlis pelancaran eksklusif bakal dibuat pada 7 Julai ini nanti. Koleksi kali ini memperlihatkan sofistikated moden dengan corak terang bewarna merah, merah jambu dan juga hitam putih menjadi pilihan Rizalman. Kebaya dan baju kurung moden yang dijual nanti turut memperlihatkan rekaan lebih segar dengan memasukkan corak polkadot dan garis melintang.

Bagi mereka yang masih mencari rekaan paling sesuai bagi raya tahun ini, apa kata pergi ke Tesco berhampiran anda untuk memiliki sendiri baju raya rekaan pereka fesyen terkenal dengan harga berpatutan yang berharga dari RM180 hingga RM250.

Sumber : Y! Entertainment

Advertisements