Borneo Hornbill Festival 2012

image

Borneo Hornbill Festival, salah satu antara acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara. Mungkin masih belum ramai yang tahu tentang acara gemilang ni. Macam aku, nama je etnik Borneo tapi tak pernah tahu pun tentang ni. ‘Katak bawa tempurung’ betul la aku ni.. ( Argh! ! Malunya.. )

Aku notice about this events pun since I signup to Says[dot]com and get active dalam kempen-2 yang dianjurkan.

This festivals dah masuk tahun kelima penganjurannya. Bermula pada tahun 2008 dengan tertubuhnya Persatuan Warisan Sarawak Kuala Lumpur, misi utama festival ini yang pada ketika itu dikenali sebagai ‘Hornbill Festival’, adalah untuk mengenengahkan nilai kebudayaan dan tradisi masyarakat etnik Sarawak.

Sehingga penganjuran keempat pada tahun 2011, festival ini diberikan nafas baru dan dijenamakan semula sebagai ‘Borneo Hornbill Festival’, yang mana ia melibatkan penglibatan agensi-agensi dan persatuan-persatuan dalam usaha memartabatkan warisan masyarakat borneo ke mata dunia. Dan tahun tersebut juga turut melibatkan penyertaan etnik Sabah.

Atas kejayaan dan sambutan menggalakkan dari penganjuran-penganjuran sebelumnya, Borneo Hornbill Festival 2012 kini lebih meriah dengan lebih banyak aktiviti-aktiviti diperkenalkan.

For the 2012, this events would be held on 06th until 08th July 2012 at Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

For more INFO about this festivals, please feel free to check the EVENTS PAGE

Advertisements