Tips Minum Minuman Dalam Tin

image

“Minum minuman tin pun nak kena ajar?” Mungkin ada yang akan terfikir macam ni bila baca tajuk pada entri ni kan.. Yelah, apalah susah sangat nak minum minuman tin ni. Tarik tab and teguk.. Semudah itu je pun.. Kan3… πŸ™‚

Aku pun buat macam tu juga, senang, malaslah nak guna gelas. Nak guna straw pun jarang, “kurangkan penggunaan plastik” (kononnya).. Lagi pun tak ‘CooL’ lah minum minuman tin guna gelas dan straw ni.. Haha.. πŸ˜€

TAPI.. Tanpa disedari aku sedang mengundang bahaya buat diri aku semata-mata untuk kelihatan ‘CooL’.. Silap hari bulan boleh buat aku jadi ‘CooL’ terus (MAUT).. Erkkk…

Aku cakap macam tu sebab….

Situasi :
Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertamasya dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit. Mereka kemudian meninggal pada hari Rabu.

Kenapa?

Hasil autopsi menyimpulkan mereka terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminum, tanpa menggunakan gelas/cawan.

Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yang mengandungi leptospira.

Kesimpulannya :
Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya.

Kebiasaannya tin-tin disimpan dalam gudang dan langsung dihantar ke kedai-kedai runcit tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih terkontaminasi dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria).

Jadi, tolonglah biasakan diri untuk membilas dan membersihkan tin minuman sebelum kita meneguk secara terus airnya. Tapi adalah lebih baik jika menuang isinya dulu ke dalam gelas dan kemudian minum menggunakan gelas, sebab cara ni lebih beradab. Kan ke kita dituntut untuk minum secara tertib dan beradab seperti yang dianjurkan dengan sunnah Rasulullah..

p/s : Peringatan buat aku juga.. πŸ˜›

Advertisements