Teknologi ‘sistem-penjangka’ untuk mengurangkan masa loading aplikasi pada gajet mudah-alih.

image

Mesti rasa geram, bila mood tengah nak buka aplikasi kegemaran (game atau internet atau else) tapi rasa lambat semacam dan paling teruk tiba-tiba ‘heng’.. Argh! ! Aku selalu kena macam ni, (rasa macam nak hempas je smartphones ni) mujurlah aku ni seorang yang penyabar (kononnya)..

Dalam setiap apa pun tindakan kita kena fikir dulu, tak bolehlah nak main suka-suka-hati je.. Macam juga dalam kes aplikasi gajet tetiba ‘heng’ ni, kena fikir dulu apa sebabnya. Mungkin sebab gajet kita tu dah ‘tua’ dan dah nak masuk usia wajib berpencen. Tapi the most recent is sebab aplikasi yang kita gunakan tu banyak menggunakan grafik (common la ni) dan memandangkan kita cuma guna gajet tangan so janganlah nak expect power macam super-computer. Selain dari tu, mungkin juga sebab beban pada rangkaian yang kita langgan, terutamanya aplikasi yang memerlukan sambungan internet.

Tapi perkara seperti ini mungkin di masa akan datang dapat diatasi, sebab pembangunan untuk sistem pintar yang dapat mempercepatkan proses ‘booting’ pada aplikasi gajet tangan sedang dalam kajian di University of Massachusetts, Amherst . Ini bermakna suatu hari nanti aplikasi gajet kita tu dah sentiasa bersedia untuk digunakan dan dapat menjangka apa yang kita nak suruh dia (aplikasi) buat.

Tingxin Yan dan beberapa rakan pengkaji adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea ini. Dipanggil sebagai ‘predictive caching’, ia melibatkan proses meneka rutin aplikasi-aplikasi yang sering digunakan. Dengan cara ini masa menunggu aplikasi itu berfungsi sepenuhnya dapat dikurangkan kerana aplikasi yang bakal digunakan akan ‘loading’ secara otomatik sebelum kita membukanya. Sistem pintar ini akan menggunakan sistem GPS dan log untuk mengesan lokasi serta manipulasi masa sesuatu aplikasi itu sering digunakan.

Sumber & rujukan : Future-predicting system to cuts application loading time.

Advertisements