Snek era 80’an dan 90’an

image

Biskut King-Kong.. Sebab ada gambar king-kong kat pembungkus dia.. Aku tak berapa gemar kat biskut ni, sebab biskut yang kaler kuning tu keras dan selalu melekat kat lelangit mulut aku. Aku makan yang biskut kelapa je (yang kat tengah). Selalunya aku akan trade biskut kuning tu dengan biskut kelapa adik aku, dua tukar satu siapa tak nak kan.. Hehe..

image

Gula-2 susu.. Antara favourite aku masa kecik dulu.. Plastik pembungkus dia (bukan yang kat luar) cair di mulut.. Sekarang pun masih ada lagi diproducekan gula-2 ni, but the taste is different dengan yang previous.. Dah tak sedap.. 😦

image

Aiskrim batang.. Sebenarnya panggil aiskrim je, cuma bila ditanya “aiskrim apa?”barulah disebut sebagai “aiskrim batang”.. Bila aku makan aiskrim ni, aku suka ketuk-2 dulu bagi hancur sebab aku tak boleh nak gigit ais, ngilu.. :-$

image

Gula-2 Spek-2.. Haha.. 😀 Ada juga yang panggil “gula-2 yang macam ubat-2 tu”, “gula-2 8”, dan beberapa nama lain yang aku tak berapa nak ingat..

image

Ni pun on my list of most favourite snek juga. The chocolate coated cake.. Nyum! Nyum!.. 😛 Tak tahu kalau masih ada dijual lagi kek jenama ni, kali terakhir aku jumpa in early millenium era. Mungkin da tukar packaging atau dijenamakan semula..
Advertisements