Baik Giler!

image

Filem ini mengisahkan tentang Afik (Zizan Raja Lawak) mengalami trauma setelah berlaku kemalangan maut di hadapan mata melibatkan adik angkatnya.

Disebabkan trauma ini, Afik telah dimasukkan ke hospital bahagia selama seminggu. Perkara ini menambah lagi tekanan pada Afik sehingga menyebabkan beliau akan melenting apabila perkataan ‘Baik Giler’ ditujukan padanya. Bagi Afik, perkataan tersebut adalah ejekan dan sindiran padanya yang baru sahaja keluar dari hospital mental.

Afik menjalani kehidupan seperti biasa selepas itu dengan sentiasa menghabiskan banyak masa dengan teman baiknya, Yap (Justin Choo). Dalam pada mereka berdua keluar bersama, mereka telah menyelamatkan Pak Pejol (Tamrin Ibrahim Pendek) dari disamun. Selepas insiden tersebut, Afik bertemu dengan anak Pak Pejol, Suraya (Farawahida) dan akhirnya mereka telah menjalin cinta.

Bukan mudah untuk Afik menjalani kehidupan biasanya. Afik perlu berhadapan dengan Kimi (Awie) yang berdendam dengannya apabila beliau diterima bekerja semula. Kimi sangat tidak berpuas hati dengan Afik. Beliau telah berpakat dengan Joe (Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (Siti Fazurina) untuk menjatuhkan Afik.

Release date : 28 June 2012

Sumber : Blog Deqnoor

Advertisements