Aku pernah main benda ni masa kecil dulu…

image

Aku pernah main benda ni masa kecil dulu. Aku tak tahu apa nama permainan pada orang lain, tapi aku gelar sebagai ‘mainan askar-askar’.. haha.. 😀

Permainan ni memang banyak aku simpan dulu, mungkin muat kot kalau bekas saiz kotak kasut.

Cara nak main benda ni ada bermacam-2, bergantung pada kreativiti dan selera kanak-2 pada masa tu. Samada bermain secara bersendirian atau ‘multiplayer’..

Aku dulu kalau main permainan ni sorang-2, aku akan buat macam cerita perang-2. Susun-2 askar kat scene peperangan yang dibina dengan ‘kerjasama’ permainan lain (lego-2). Lepas tu gerakkan askar-2 kecik ni siap dengan dialog dan sound-effect sendiri.

Bila main dalam mod ‘multiplayer’ pula (biasanya dengan budak jiran sebelah rumah), askar-2 kecik ni disusun dalam satu barisan (satu barisan ditempat sendiri dan satu barisan di pihak lawan) lepas tu tembak dengan guli macam main bowling. Siapa yang barisan askarnya habis dulu dikira kalah.. 🙂

Advertisements