Friendshake, Ciri Terbaru Dari Facebook

image

Facebook baru-baru ini telah memperkenalkan satu ciri terbaru yang dinamakan sebagai “Friendshake”. Nak cerita lebih banyak pun susah juga, sebab tak begitu banyak info tentang ciri ini yang diumumkan kepada awam. Aku malas nak buat translate tentang ni, tapi aku akan cuba bagi isi-isi penting ciri ni..

Ciri ini menawarkan suatu lagi cara buat kita menyemak menambah lagi jumlah ‘Friendlist’ kita ( yang beribu-ribu tapi entah berapa kerat je yang aktif ). Menggunakan fungsi GPS pada telefon pintar kita untuk mengenalpasti profil Facebook orang-orang disekeliling kita. Jadi kita tak hanya terhad pada ‘Mutual Friends’ untuk menambah rakan baru dan rakan yang bakal kita ‘Add’ tu pun adalah mereka yang sah-sah pemilik akaun Facebook tu. Dengan erti kata lainya, kebarangkalian untuk kita ter-‘add’ akaun palsu (Fake Profile) tu berkurang dan juga kurang tertipu dengan gambar profil yang nampak comel.

image

In case of kalau korang terserempak seorang awek cantik atau balak hensem, so korang tak perlulah nak terhegeh-hegeh lagi nak tanya “Awak ada akaun Facebook? Boleh tak saya nak add awak dalam friendlist saya?”..

Bagus atau tak bagus ciri ni bergantunglah pada penilaian individu. Mungkin juga bagus buat kawan aku yang ‘gatai’ nak minta add Facebook orang asal ternampak amoi cantik.. Atau mungkin juga tak bagus buat ‘amoi cantik’ yang tak nak bagi orang yang ‘gatai’ add Facebook dia.. hehe.. 😛

Sumber & Rujukan :
1. Gizmodo.com
2. TechCrunch.com

Advertisements