Azab Bagi Peminum Arak.

image

Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak :

Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal. mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ?
beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
“ Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala. ” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)

Rasulullah SAW bersabda :
“ Barang siapa mati dalam.keadaan tidak berhenti minum.arak, nescaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.” (HR.Imam Ahmad)

Advertisements