Akibat Mabuk Makan Mercun Sehingga Terburai Mulut

image

Seorang pemuda yang terlampau mabuk akibat minum Arak berlebihan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya, selepas itu mercun tersebut meletup didalam mulutnya, letupan tersebut mengakibatkan sehingga terburai mulutnya.

“Oleh disebabkan itulah Islam melarang umatnya meminum Arak”.

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang.

Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda :
“ Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit. ” (riwayat Muslim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)

Sumber : Harian Metro Online

Advertisements