Kisah Seorang Ayah Dengan Anak Istimewa

Assalamualaikum..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dick Hoyt menolak anaknya (Rick) dengan kerusi roda dalam larian Boston Marathon (1981)

Rick dilahirkan pada tahun 1962, hasil dari perkahwinan antara Dick Hoyt dan Judy. Akibat dari kehilangan oksigen dalam otak semasa dilahirkan, Rick dilahirkan dengan kecacatan kekal yang menjejaskan kemampuan otak dan sebahagian anggota tubuhnya. Namun itu tidak mematahkan semangat Dick dan Judy untuk terus menyayangi Rick, walaupun mereka tahu yang Rick tak mungkin sembuh dan menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.

Pasangan suami isteri Hoyt menyedari walaupun Rick tak mampu bergerak dan bercakap, namun dia seorang yang bijak untuk belajar dan dia sering “mengekori” pergerakan suami isteri itu dengan matanya. Mereka berkeras mendaftarkan Rick untuk bersekolah dan belajar di sekolah awam, mendesak pihak pengurusan sekolah untuk melihat potensi Rick disebalik kekurangannya. Sering Dick dan Judy membawa Rick pergi bersiar dan berenang, selain itu merek juga mengajar Rick untuk mengenal huruf dan memahami perkataan-perkataan asas. Selepas berjaya membuktikan yang Rick juga mampu belajar seperti kanak-kanak normal yang lain, kemudian Dick dan Judy cuba mencari kaedah yang membolehkan Rick berkomunikasi untuk dirinya.

Pada tahun 1972, dengan kos sejumlah $5,000 dan sekumpulan jurutera dari Tufts University. Sebuah komputer interaktif telah dibina khusus buat Rick. Rick telah memberikan kejutan pada semua orang bila pertama kalinya menulis “Go, bruins” (The Boston Bruins was on Stanley Cup that season) selain dari “Hi, mom” dan “Hi, dad” sebagai ayat pertama yang “diucapkan”. Telah jelas selama ini Rick rajin untuk belajar dan sangat meminati sukan.

Tahun 1975, Rick telah diterima untuk bersekolah di sekolah awam pada usianya 13 tahun ketika itu. Selepas tamat sekolah menengah, Rick berjaya menempatkan dirinya di Universiti Boston dan menamatkan pengajian peringkat Ijazah dalam Pendidikan Khas pada tahun 1993. Ayahnya, Dick berpencen sebagai Leftenan Kolonel tentera udara pada tahun 1995 selepas berkhidmat selama 37 tahun.

PERMULAAN TEAM HOYT
Musim luruh tahun 1977, Rick telah menyatakan hasrat untuk menyertai larian maraton sejauh lima batu untuk mengumpul dana bagi salah seorang pemain pasukan Lacrose yang telah lumpuh ketika itu akibat kemalangan. Demi untuk tidak menghampakan anaknya, Dick bersetuju untuk berlari bersama sambil menolak Rick dengan kerusi rodanya. Pada malam selepas menamatkan larian sejauh 5 batu itu, Rick berkata sesuatu kepada ayahnya..

“Dad, when I’m running, it feels like I’m not handicapped.”

Dan itu hanyalah permulaan untuk mereka menyertai dan menamatkan lebih dari 1,000 acara larian jarak jauh dan lasak (maraton, dualthlons, triathlons) serta 6 acara pertandingan Ironman. Pencapaian terbesar mereka apabila pasangan anak-beranak ini berlari dan berbasikal sejauh 3,735 batu merentasi Amerika dalam 45 hari pada tahun 1992.

Dalam acara triathlon, Dick menarik Rick dalam perahu dengan tali bungee yang diikat pada jaket didadanya untuk acara renang. Bagi acara berbasikal, Rick membonceng basikal khas dengan 2 tempat duduk bersama ayahnya. Kemudian Dick seperti kebiasaannya akan menyorong Rick dengan kerusi roda khas sepanjang acara larian.

Rick pernah ditanya. Sekiranya dia mampu, apakah perkara yang ingin dihadiahkan buat ayahnya?
Rick menjawab,

“The thing I’d most like is for my dad to sit in the chair and I would push him for once.”

Boston Marathon 2009 merupakan larian rasmi untuk meraihkan larian ke-1000 Team Hoyt. Rick sering berkata sekiranya dibenarkan menyertai hanya satu larian maraton sahaja untuk setahun, satu-satu larian yang ingin dia sertai adalah acara larian maraton Boston. Dan Dick
Hoyt berharap agar dia masih mampu untuk menyertai Rick dalam acara maraton yang seterusnya walaupun dia kini telah berusia 71 tahun (2012).

Disunting dan diterjemah dari sumber :
http://www.teamhoyt.com

Advertisements